Sunday, March 15, 2009

Bagan Lalang : Di Sini Berakhir Semuanya.

Hanya enam (6) org yg mnyertai pekhemahan kali ini. Igtkan nk jadikan perkhemahan kali ni paling meriah dgn semua dpt berkumpul brsama, tapi masing2 ada komitmen masing2. Tak tau lah kalau ada yg memang xsuka. Da~

Bergerak dari Casa jam 7 malam, perjalanan menyusuri jalan menuju ke LCCT dan terus ke Sepang Goldcoast. Sampai dah dekat jam 9. Sebb td tersesat ke KLIA..Huahaaa..

Waktu malam sungguh sunyi, air laut mulai surut.. Sempat gak ktorg g brjalan berbatu jauhnya ke tengah,.lagipun, pantai di sini memng xdalam..Jalan punyer jalan, xsedar air sudah mulai pasang semula..Berlarilah kami..Pengalaman enam (6) org..

Balik ke khemah, baring2 tp malam tu agak merimaskan kerana x berapa ada angin..Habiskan masa ngan borak.. Tido jam 3.00pg.. 4.30 pg, hujan mulai turun.. bergegaslah enam (6) org menuju ke kereta utuk menyelamatkan barang..Khemah dirobohkan supaya xditerbangkan angin..Tidolah kami dalam kereta..

Dalam jam 6.00 pg, aku terbangun semula kerana badan terasa sakit sangat kerana tidur dalam keadaan yg salah..Tgk keadaan sekeliling, hujan reda dan hanya gerimis yang masih tinggal.. Aku kejutlah semua rakan2 supaya kembali ke khemah..Selepas khemah didirikan, tido lah kami berempat manakala dua lg masih diulit mimpi dlam kereta.. (",)

Tidor dengan nyenyak sambil didodoikan lagu irama hempasan ombak..laut masih bergelora namun jiwa kental memberanikan diri untuk terus berada dalam khemah..Tido sekali lagi sambil menanti mentari pagi muncul berseri.

Wah, seperti biasa, indah sungguh pantai di waktu pagi..Semua bersedia untuk mandi..air laut yg dingin menambah seri erti persahabatan sejati..Biarpun cuma ber enam (6), namun ianya sedikitpun xmengurangkan cantiknya panorama ciptaan Ilahi..Kiri dan kanan budak2 berlari sambil yg tua merehatkan diri..

Puas bermain air, semuanya naik untuk bersarapan..Disebabkan air utk diminum sudah kehabisan, terpaksalah membeli dikedai berhampiran.. Minum pagi sambil berborak xmungkin mudah dilupakan.. Puas mencekik, aktiviti bermain air diteruskan..

Bermain baling selipar, cari siput dan kerang, bermain pasir, kentut dalam air..semua akan berakhir..namun kasih sayang dalam persahabatan ini akan terus mengalir..Wah terbakar kulit dimamah mentari yang meninggi..Lautpun kembali surut dan kami berangkat pergi.. Ngam2 plak ada jual2 kat hujung pantai..sebelum balik, singgah sat beli kenangan..

Adey, penat memang penat.. penat dengan kepuasan..Semoga masih ada peluang dan ruang kita bersama lagi..Jangan pernah kenal erti jemu dalam persahabatan..

0 comments:

Kata Pujangga

Tiadalah patut orang yang tidak tahu itu diam diri dalam ketidaktahuannya (kebodohan tanpa bertanya) dan tidaklah patut orang yang berilmu itu diam dengan ilmunya (tidak mengajar dan menyembunyikan ilmunya).

(Riwayat Atthabarani)

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP