Friday, February 27, 2009

Bagan Pinang - Erti Sebuah Kehidupan

Jepun, Fahmi, Aku, Azan & Farid

Seperti biasa, mase special sem lpas, byk gler ms terluang..Sbg seorang yg tdak suke mmbuang ms, aku pun mngajak lah kengkawan aku g pantai..Mula2 plan nk g Tanjung Tuan, tp dsebabkan oleh bbrapa masalah teknikal, tersangkutlah ktorg kat Bagan Pinang..Agak busan...

Papehal pun, dah sampai, sumenyer happy.. Bermulalah episod pengembaraan yang 'mendebarkan'.. haha..
permulaan segalanya..

smpai akhirnyer...

Bergerak dr Casa jam 4ptg..Trus ke Nogori Sembilan utk ke Tanjung Tuan..pusing pnyer pusing, kepale jd pening sbb msh xjmpe2..Bile jam pun dh dkat kol 8malam, ktorg pun decide xksh r mane2 janji dpt bkhemah..Cheh~

Slpas pasang khemah, ktorg pun msk r ns goreng n bbq..Gelap tue beb, walaupun khemah ktorg agak2 tp jalan..hehe..Mlam tue, ramai gak mlepak kat pntai tu..Igt nk mndi, tp takut..hu~..Puas mncekik, ktorg pun merelaxkan diri smbil bcerita..smbil dgr org dok melalak karaoke kat sberg jalan..
penat nyer

~batman~

Seingat aku, pas subuh, tibe2 angin mula mnderu menakutkan..titisan hujan mula menitik membasahi khemah yg xseberapa nie..Keadaan masih gelap..Ha!!! Hujan turun dengan lebat, khemah hampir mlayang,..semua berpaut pada pnjuru khemah agar jgn terbang..Sumenyer basah n yg hebatnya, sume igt msti mati pas nie.. Haha..

Basah kuyup..

Alhamdulillah, sumenyer brakhir dgn baek..Walaupun sumenyer kuyup kbasahan, tapi tiada kemalangan jiwa dlaporkan..Pagi tue, sungguh indah..1st time..

masih utuh~

masih terselamat..

sejuknyer~

Indahnya pg tersebut..

jom kemas..

Kemas barang yang basah, sdiakan sarapan, n dok borak2 sbelum mandi spuas-puasnyer.. Walaupun berlima, meriahnyer msih trase smpi kini..Syok~

kenangan..

Read more...

Di Pondok Kecil

Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih
Beralun-alun...

Disuatu hari, ayah berkata
Jaga adikmu, ayahkan pergi jauh
Ku pandang wajah ayah, dahinya kucium
Air mata mengalir, hatiku pilu..

Diam-diamlah sayang, jangan menangis
Doakan ayah, semoga diterima
Diam adikku sayang jangan menangis
Andai ayah gugur, doakan dia syahid..

Selamat berjuang ayah tercinta
Kau pergi dulu ayah ke medan juang
Ku iringi doa moga berjaya
Beroleh kemenangan demi agama Islam..

Wahai abangku, ke mana ayah
Ku sayang ayah, ku cinta ayah
Wahai abangku, ke mana ayah
Ku sayang ayah, ku cinta ayah..

Duhai adikku sayang, jangan bersedih
Ayahmu pergi menyambut seruan Ilahi
Tapi ingatlah adikku pesanan ayah
Berjuang dan berkorban walau di mana jua..

Padamu tuhan, aku bermohon
Dosa ayahku minta diampunkan
Berilah rahmat, bantulah ia
Untuk menegakkan agama Islam..

Nadamurni

Read more...

Exam Power Electronics..

Harap-harap boleh jawab..Lebih baek dari test 1..

~AMIN~

Read more...

Streetfighter - The Lagend of Chun Li


Wah, esok nak exam tp smpat gak aku tgk citer bebudak nie..huhu..tgh syok tdor disiang hari, Jepun pun mngejut aku ajak tgk wyang kat mines..Ngan smagatnyer aku bingkas bangun seraya berkata, OK gak..hu~

Citer start kol 6.45ptg..Utk sinopsis, citer nie memang jauh dr xpectation..Jalan cerita yang lembab..Fokus kat Chun Li jer..watak2 lain xder..Yg ader jz Vega n Bison..Yg lain aku xknal..Cerita brkenaan perjuangan Chun Li uk mghalang Bison dr menghapuskan org miskin n buat bndar utk org kaya d samping die nk slamatkan bapak die yg dlm tahanan Bison..Ader gak citer psl asal-usul Bison..

Kalau tanye aku, aku kate bley lah~

2/5 Bintang

Read more...

Berakhir Semuanya...

Kenangan Terindah...

Malam semalam, aku n dak2 crew Uniten Cup 09 mghadiri majlis BBQ kat stadium bg meraikan kerja keras ktorang slama nie. Ramai gak crew yg datang, temasuk yg aku pun xbrape nk kenal..haha..dtg skadar nk makan..

Aku nk ucapkan r terima kasih pada semua crew krana btungkus lumus slama sebulan mnjayakan Uniten Cup..Segala knangan manis n pahit akan slalu diingat n tersemat dlm sanubari..Sedi plak rasenyer nk tggalkan Uniten dlm ms xsmpai sebulan ni..hu~

Papepun, aku enjoy n dpt pngalam brgune brsama korg guys...TQ

Read more...

Thursday, February 26, 2009

Bagan Lalang - Pencarian Bermula

teringat dulu2

Puas aku cari, manalah perginya gambar aku masa melepak kat Bagan Lalang dulu. Syukur Alhamdulillah, Farid masih simpan kenangan tersebut. Yang bestnya, aku tak ingat tarikh bila kejadian ini berlaku. Hehe.

Bagan Lalang bukanlah satu destinasi yang menarik untuk dikunjungi. Tapi, aku dan geng terpaksalah ke situ kerana takda tempat lain nak pergi. Lagipun, masa special sem ni lah masa untuk jenjalan makan angin. Tiga orang jer beb: aku, anep dan farid. Serius, kitorang tak tau pun macam mana nak ke sana. Main hemtam je. Syukur sampai juga ke sana seawal jam 9.00 pagi. Perjalanan dari Kajang memakan masa lebih kurang satu jam.

akhirnya sampai jugak..Adeh..

Ikut pemerhatian aku, pantai ni boleh lah di kategorikan sebagai bersih, mungkin sebab tak berapa ramai orang datang ke sini. Boleh lah.. Lagipun, kitorang ni 1st time g picnic bersama-sama, semuanya tak lengkap. Ada tikar sekeping jer..RM3.50

letih sungguh..

pantai yang bersih

yang bestnya, tak ramai orang.. hehe..

ini jer lah yang termampu..

dok tgok keindahan alam..

wah~


Bagan Lalang ni bersambungan ngan PD dan pantai yg sebaris dengannya..Dah sampai di sini, memang best. Dah lah tidor lambat sebab nak sediakan ayam utk di'bbq'kan. Lega rasanya.. Mandi manda, pastu tidor sampai ke tgh hari...hu~

tgok mata dah kuyu~

tido menjadi pilihan..


Adeh, dah tgh hari dah. Nasib baek hari ni hari sabtu, esok bleh rehat panjang.. Perjalanan pulang menantikan seribu kenangan. Biarpun simple, tp bila kita sebut pasal 1st time, semuanya indah belaka..Hehe..

jumpa lagi~

Read more...

Saturday, February 7, 2009

Buta Mata

Buta mata tak nampak jalan di dunia,
Kerana tidak nampak cahaya,
Tidak tahu ke mana hendak dituju,
Ke hilir atau ke hulu..

Selamatlah di dunia fana' ini,
Bila mana mata tidak buta,
Melalui pengalaman diri,
Kerana jalan itu sudah biasa..

Ada pedoman yang menunjuk kita,
Tongkat di tangan membantu jua,
Boleh jadi orang simpati yang membawa,
Tapi jika buta hati menderita..

Tidak nampak jalan menuju ke akhirat,
Negeri yang kekal abadi,
Tidak diukur, tidak diukur dengan mata,
Kerana tiada kawan yang membantu..

Tiada pengalaman yang memastikannya,
Tiada pedoman menunjuk kita,
Tidak ada yang simpati menolong kita,
Dalam kegelapan terjun ke neraka..

Menderita di negeri yang abadi,
Tidak kembali ke dunia lagi,
Tiada gunanya penyesalan diri,
Oleh itu banyakkan amal dan bakti..

Read more...

Thursday, February 5, 2009

Teruskan Perjuangan

Perjuangan itu gerun dan mengerikan,
Hebat dan dahsyat mengerunkan hati,
Bagi Mukmin di sini harga dan nilainya,
Bagi Mukmin di sini harga dan nilainya.

Perjuangan itu bagai sampan di laut,
Di atas lapang tiada perlindungan,
Di bawah air melambung dan menggulung,
Menongkah gelombang yang datang melanda.

Kiri kanan depan dan belakang,
Angin yang menderu tidak tahu bila datang,
Hujan badai yang datang menyerang,
Bak singa lapar yang garang.

Kadang-kadang terdampar di batu karang,
Penumpang menerima nasib berlainan,
Ada yang jatuh, ada yang tenggelam,
Yang pandai berenang berpaut ke sampan.

Ada yang berjaya berenang ke tepian,
Sekali lagi ia melayar sampan,
Walau playaran mungkin tidak berjaya,
Namun harapnya hanya pada Yang Esa...

Read more...

Kata Pujangga

Tiadalah patut orang yang tidak tahu itu diam diri dalam ketidaktahuannya (kebodohan tanpa bertanya) dan tidaklah patut orang yang berilmu itu diam dengan ilmunya (tidak mengajar dan menyembunyikan ilmunya).

(Riwayat Atthabarani)

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP